Sunday, November 18, 2007

WAIT For Me [I changed my mind]

Assalamualaikum wbt...

Sambil tunggu bas tadi, ada buku ditangan. Tunggu bukan main lama sbb hr Ahad, jadi rasa mcm bosan jer.Dan tetiba dtg spontaneous overflow of powerful feelings... So hasilnye ialah untaian kata yg x siap lg...(Kerana tibanya bas telah mengganggu mode jiwang-jiwangan ku)

Adakah aku terlalu mementing diri?
Bila rinduku kutepis berlalu
Sedang aku tahu rasa kita berpantulan
Siksa yang sama, bertandang dihatimu jua

Adakah aku terlalu mementing diri?
Jalan terbuka untukku berlari kepadamu
Lantas kubiarkan pagar itu tertutup
Sedang gelojak rasa melemaskan jiwa
Kutahu kau tergapai-gapai disana

Adakah aku terlalu mementing diri?
Bila tanpa tangis aku pergi
Bila kasih yang dikirim
hilang dilangit tinggi
tp aku masih
kaku bagai rela

Maaf...

Aku x mahu bicara tentang cinta
kerna luahan akan melakarkan tepi
buat rasa tak berbelah bahagi

Aku...
Tak mahu kau tahu tentang rinduku
takut kita tak daya berdiri
kerna yang terluah
selalunya menjadi lebih nyata

Aku...
Tak mahu mempamer air mata
Mengapa perlu?
Sedang titis terhampir
telah jatuh pada pipimu

Aku...
Tak bisa berdiri dihadapanmu lagi
Bukan begini
Mungkin nanti

Cuma doaku...
Tidak jasadku disisimu
Tapi rahmat dan lindungan Allah sentiasa

PadaNya,
catatan perjalanan
disini...disana...
Mungkin garis masa kita akan bertembung lagi
Pada izinNya...

Pada kita,
Catatan penantian
disini...disana
Mungkin noktahnya dalam penantian
Tapi boleh saja kan???

Yng kupentingkan itu kamu
Yg kita pentingkan itu Tuhan
Jadi, biarlah Dia yg menentukan...


Tengok-tengok balik, cam boleh siap jer..ngehehe
So, ini ditujukan buat "kamu"-"kamu" yang jauh di tanah air...
[sengaja di"plural"kan kamu kerana ia bukan singular]

2 comments:

Ct AdAh said...

salam..

munirah!!!! awk berbakat menulis sjk..bru discover ka? ke slma ni menyembunyikan bakat terpendam..hehe..best2..stu perkataan je bole describe d whole paraghraph..JIWANG!! haha..comey2..truskan menulis..sy suka sjk2 sebegini..hahaha..

drMyrisstyca said...

Wsalam sahabatku Saadah...

Jiwang?
Baru tau sy jiwang???

Sy akan cuba menulis lagi. Harapan sy supaya boleh jd mantap seperti Kak Pija atau Kak As... Sajak kak As hrtu yg menjadi pembakar semangat juga.
Insya Allah

Saya sangat teringin nak wat sajak Islamik tapi belum dikurniakan idea. Asyik jiwang jer,,hehe
Doakan jugak ek?