Wednesday, March 16, 2011

Ceritera Kawen Mawen : Tangga Rumah Pengantin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua....

Disclaimer: First half of the title itu sengaja digunakan sebagai tribute kepada sebuah post yang popular di sebuah blog yang popular. (hahaha!)

Setelah lama blog ni bersawang dgn jaringan sesawang maya, tetiba muncul pulak idea nak menulis. So, layan sajelah ye? hehe....

Disebabkan saya dan sahabat2 sebaya ni dah masuk zon-zon menjadi pinangan, isteri dan ibu orang, maka tiap kali cuti atau even weekend je, ade sajelah jemputan yang bertandang. Baru tadi dapat kad wangi merah-merah gitu dari Amira Anis <-- free promotion. . Lepas exam ni pulak, sy expect lagi banyak kad wangi masuk inbox, hehe. Keep it coming... selalu sy dpt sponsorship nasik minyak ni. Oh, tahniah juga kpd pengantin2 inai kat tangan pun x habis lagi kan. Love is in the air-lah.... (Love love pun exam lg 10 minggu ye? Ya Tuhan!)

Hehe... so, saje je nak kongsikan pengalaman perbidanan-terjun-ku (penerjunan bidan??!!) secara tetiba dilantik sebagai mak andam. Tapi bukan la pengantin yg diandamkan... daku mak andam tangga aje. Ibu ada janji dgn jiran nk buatkan bunga tangga setelah jiran tersebut terkenan dgn bunga tangga yang ibu buat dulu. So, dah ade kat umah masa tu... kenela jadi assistant. So, the pakar will do the florist-works, sy pulak terkapai-kapaila buatkan scallop yg x berapa scallop. Kiranya, just balut jela tangga tu....

Initial Look

Flowers added.

Bunga yang ada tak cukup and mcm2 jenis, so pakai mix sesedap rasa je.

Dari tengah tangga.

Detail sikit.

Pandangan ke bawah dgn scallop x jadinya.


House no.2. Lain sikit style sbb work with material yg ada. Tangga pon lain.

Roses!

Pandangan sisi...

Some detailing.
Jadi... inilah pengalaman 2 tangga yang dibuat dalam hujung minggu lalu. First time ni, seronokla jugak. Tapi yela, kita ni bukanlah berpengalaman so banyak lagi nak belajar. Walaupun sekadar tangga yang dihias dan mungkin orang x perasan pun... sebab kenduri ni ada banyak elemen, tapi puas hati dapat menolong (sebab x tolong dekat dapur pun ngehehe....

Tapi yg paling best bila ada tetamu lalu masa sy tgh bekerja dan tanya, " Ada bukak kedai ke?". Haha... mintak maafla ye akak.... Sy dah ade org book sebagai future employee iaitu KKM. X dapekla nak bukak kedai. 

Okay itu saje buat masa ini.... sy sudahi dgn ...

"Dan diantara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah diciptakan-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir” -Ar Rum 21


Friday, March 4, 2011

One Perfect Rose

Assalamualaikum wbt...
A dear friend asked me to paint a vase of roses. I promised her my free time. But in the meantime my dear, this is for you.

One Perfect Rose
A single flow'r he sent me, since we met.
All tenderly his messenger he chose;
Deep-hearted, pure, with scented dew still wet -
One perfect rose.
I knew the language of the floweret;
'My fragile leaves,' it said, 'his heart enclose.'
Love long has taken for his amulet
One perfect rose.
Why is it no one ever sent me yet
One perfect limousine, do you suppose?
Ah no, it's always just my luck to get
One perfect rose.
-Dorothy Parker