Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dipertemukan aku dengan dua orang cikgu dari alma mater ku pagi tadi. Bila ditanya tahun SPM baru kusedar sudah 11 tahun berlalu. Cikgu masih nampak sama, masih mengajar di sekolah yang sama. Sedangkan pelajarnya berserakan di muka bumi, mengejar cara hidup yang tersendiri. Dan kalau ada masa dan jodoh, jalan hidup menemukan kita kemvali. Tapi pada setiap masa itu, kita masih murid dan mereka masih guru.
Ditanyakan, mahukah kembali ke sekolah bercakap dengan adik-adik sebagai motivasi. Lalu terkenangkan dori yang 11 tahun duli, ilmunua dan pengalamannya kurang sikit, tapi betapa optimisnya memandang ke depan. Kemahuanku jelas walau jalannya samar. Aku mahu jadi seorang doktor dan jika dapat jadi doktor aku telah berjaya. (Lebih indah lagi jika selepas sekolah bisa temui cinta dan bahagia selamanya <- pemikiran 17 tahun)
Seusai tamat persekolahan, diberikan beberapa peluang dan pilihan. Tidak kurang juga beberapa penolakan. Akhirnya jalan yang jelas terbentang dan aku memilih jalan itu dan Alhamdulillah impian ku tercapai. Dan apa yang menanti di sebalik sebuah impian?
Di sebalik impian yang yercapai terbentang lembah kemungkinan yang luas. Di datarannya tercambah impian-impian baru, jalan - jalan baru pun terbuka. Doktor apa? Doktor yang bagaimana mahu aku jadi? Setinggi mana lagi harus aku kejar? Sedlam mana harus aku pergi? Dan dimensi- dimensi baru terbuka lagi, keluarga semakin membesar, tanggungjawab kian bertambah, minat yang terpendam, bakat yang minta diasah, keinginan untuk menjelajah dunia, harapan untuk berbakti dan meninggalkan sebuah legasi... semuanya bercampur baur seperti ramuan dalam kendongan Musang Berjanggut. Aku harus menyusun hidupku dengan jelas dan membuang elemen yang tidak perlu.
Mujur ada pengalaman mengajarku. Impian aku yang 11 tahun lalu sememangnya begitu ringkas, tapi kemahuanku tinggi maka walaupun ada payahnya Alhamdulillah dipermudahkan juga. Kepayahan, kekecewaan dan waktu-waktu yang menyedarkan aku kekerdilan diri tetap ada dan Alhamdulillah, aku selalu didampingi sahabat dan keluarga. Terima kasih.
Dan malam ini, walaupun keletihan, aku harus bersemangat meneruskan usaha untuk menjadikan hidup ini bermakna.
-
drMyrisstyca- 21 oct 2014