Saturday, May 9, 2009

Ntah la....

Salam.

Sebelum rest, ade satu citer sedih nk dikongsi.

Satu hari lepas balik kolej, sy pon berjalan naik tangga nk balik umah. Terserempak ngan sorng makcik dan anak lelaki kecik beliau. Tengah turun. Adela 3-4 tahun kot budak tu. Budak tu nk makan lepat pisang ke kue ape ntah. Makcik tu dgn motherly-nye, bukakkan kueh tu, dalam pembalut daun pisang.Happy gak aa tgk-kn? Sweet jer.

So sy pun naikla, balik umah dll...

Esoknya. Sy pun nk turun la, nk g kolej ni. Lalula kat tempat nampak makcik tu semalam. Heartbreak tol bile nampak pembalut pisang tu atas tangga. Sedih gak aa tgk-kn?

Sbb makcik tu lupe nk ajar anak dia, x leh buang sampah merate2.
Mungkin mak makcik tu jugak lupe nk ajar makcik tu pasal tu kot.
Tak pun nenek dia x ajar mak dia.
Kesian betul.

Masalahnye, yg kesian bukannye makcik tu n anak dia je. Anak2 n keturunan diorg jugak.
Pastu, menyusahkan org kene kemaskan. Sian jiran-jiran dia, termasukla sy.
Pastu, kalau kuman membiak kat sampah tu, kang org lain jugak sakit.
Pastu, kalau ade org terpijak jatuh tangge, ha, sape nk jawab.

Ntah la.

Org lain sume pk masalah global warming ke, swine flu ke, politik negare ke....
Napela aku nk serabai pasal ni kn?

Hahaha....

bende2 besar tu....dtg dr bende2 kecik aaa. kn kn kn?

Pastu bende kecik camtu, patutnye mak die ajar.
So, sempena dgn area2 org tgh rase lovey-dovey ngan para ibu sekalian...
disini diingatkan kepada para ibu...
ajar anak elok2!!!
ok?

And for those who has done wonderful job, tahniah!!!!
-------------------------

Ni bukan nk menyalahkan para ibu sekalian. Sy yakin banyak lg environmental factor yg len boleh mempengaruhi. Citer ni hanye diputarbelit untuk tujuan dramatik.

Monday, May 4, 2009

Anda suka tak berkawan dengan murid khas..?

"Anda suka tak berkawan dengan murid khas..?"

"Suka, kerana murid khas sama macam kita bukan sesiapa."


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera sahabat2...

Apa khabar ya kalian? Moga Allah sentiasa mempermudahkan perjalanan kalian menempuhi hidup, kerarah keredhaanNya jua.

Dulu, banyak saya paparkan cebisan2 kata-kata hikmah. Kali ini saya hadir untuk memaparkan beberapa untaian kata yg lahir dari hati-hati kecil yang belum dicemari. Aduhai... sungguh skema sekali, mengapakah?

Sengaja saya mahu kongsikan beberapa dapatan dari kajian bonda tersayang untuk projek universiti beliau. Beliau menjalankan cerapan terhadap keberkesanan program pendidikan inklusif terhadap kanak-kanak istimewa yang merupakan pelajar dari kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kanak-kanak ini selalunya dimasukkan ke kelas PKBP kerana ada masalah seperti Schitzopherenia, autism, hyperactive, Down syndrome dan macam-macam lagi. Untuk memberi peluang pembelajaran yang sama-rata dengan sahabat-sahabat mereka yang ditakrifkan masyarakat seperti normal, kanak-kanak ini diasuh dan kemudian dinilai untuk ditempatkan di kelas aliran perdana (kelas biasa). Jadi, mereka pun boleh cuba belajar mata pelajaran KBSR dan diharapkan boleh mengikuti peperiksaan UPSR.

Salah satu tujuan lain juga untuk mendedahkan kanak-kanak ini kepada tatacara sosial kanak-kanak biasa di bilik darjah. Selepas ini saya akan kongsikan beberapa jawapan murid biasa (darjah 4 dan 5) terhadap soalan, "Anda suka tak berkawan dengan murid khas di kelas anda?"

TIDAK SUKA

"Kerana saya takut diganggu."
"Kerana dia suka membuat bising."
"Kerana dia nakal."
"Kerana selalu mengacau murid-murid lain membuat kerja."
"Kerana ia selalu mengganggu saya."
"Kerana dia sangat mengada-ngada."
"Kerana murid khas memang nakal."

"Kerana tak kenal sangat."

"Saya tak kawan dengan dia tapi saya akan membantunya."

"Kerana dia lelaki saya perempuan." <-- cute! SUKA

"Kerana dia pandai."
"Kerana dia pandai matematik."
"Kerana dia pandai cakap Inggeris."
"Kerana dia suka baca buku."

"Dia selalu buat lawak"

"Baik dan tak ganggu orang."
"Kerana ia selalu membantu saya."
"Kerana dia berbaik dengan kita apabila kita berbaik dengannya."


"Saya tak pasti tapi suka melihat mereka."

"Dia lebih istimewa daripada kita."
"Sebab dia murid yang istimewa."
"Kerana kita mesti berkawan dengan murid pendidikan khas."

"Sebab dia boleh belajar bersama-sama."

"Kerana saya simpati kepada mereka yang sederhana."
"Sebab ia murid memang istimewa. Dan ia seorang yang sederhana."


JAWAPAN PILIHAN (Sbb budak ni jawab dengan jujur, tapi kelakar.)

"Kerana murid kelas khas boleh menggembirakan kita. Saya rasa simpati pada mereka. TAPI saya suka berkawan dengan kawan-kawan saya."

"Ya, saya SUKA berkawan dengannya sebab dia degil, selalu tidak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya." <-- adik ni salah ckp ke?

"Kerana ia suka mengacau murid-murid untuk belajar, melastik kawan dan menjawab dan baling pemadan kena kawan dan baling batu sampai berdarah tangan kawan." <-- adik ni melepaskan geramnya setelah sekian lama terpendam.

"Saya tidak suka sebenarnya saya suka murid pendidikan khas tapi sikit-sikit." <-- cute!

"Saya tidak suka sebenarnya kalau murid khas masuk ke kelas kami. Jika masuk ke kelas asal saya suka."

"Saya tidak tahu yang cikgu suruh." <-- budak ni x paham soalan, hahaha

"Sebab dia baik dan suka berkawan tetapi degil dan nakal."


-----------------

Itu saja sebahagian jawapan yang ditulis oleh adik-adik kita. Banyak kesimpulan yang boleh diambil bagi tujuan kajian dan baik pulih program ini. Tapi yang ingin saya sampaikan ialah... ntah la... budak2 ni mmg cute.

kn kn kn???

Wednesday, April 22, 2009

Or was it you?

Creaking rusty gears,
revolving pedals,
Tires cutting puddles into two,
Fallen leaves infusions,
Last night it poured,
That day was it sunny bright,
Or was it you?